Friday, 8 April 2016

Cara me'reset' router TM Unifi

Menggunakan browser handphone yang sudah disambungkan kepada Wifi rumah, masukkan IP address router tersebut iaitu 192.168.0.1

Hasilnya akan menemukan kita dengan page di bawah:

Isikan pada ruangan tersedia:

Username : admin
Password : 9078563412

Kemudian klik/tap pada butang Login.

Dapat dilihat di sini bahawasanya setelah klik/tap pada butang status dan memilih WAN Connection Status, didapati global IP address yang diperolehi adalah bermula dengan 60. IP address ini kurang berkualiti, dan akan menyebabkan internet tak berapa laju dan streaming melalui Kodi akan menyebabkan buffering yang menyeksakan.

Kita juga boleh klik/tap pada LAN Client List untuk mengenal pasti sama ada pelanggan wifi rumah adalah device yang dikenali ataupun dicuri oleh orang lain.

Untuk me'reset' router, hendaklah klik/tap pada butang Management untuk mendapatkan page seperti di bawah:

Kemudian bolehlah kita klik/tap pada butang Restart untuk me'reset' router secara lembut.

Ketika router sedang dihidupkan semula, page seperti di atas akan dipaparkan.

Sesudah 100% pada progress bar, kita hendaklah login semula seperti pada gambar pertama di atas.


Selesai sahaja login, kita dapat memeriksa semula WAN Connection Status untuk mengetahui global IP address yang diperolehi selepas 'soft reset' atau reset lembut.

Manakala untuk 'hard reset' atau reset kasar, cukup sekadar menekan butang suis off/on pada bahagian belakang router TM Unifi dan menunggu sehingga 30 saat untuk menekan semula butang suis itu semula untuk menghidupkannya semula.

Selepas itu bolehlah kita menentusahkan (verify) bahawasanya IP address yang diperolehi adalah IP yang best seperti 210.x.x.x atau 190.x.x.x.

Sekian.

No comments:

Post a Comment